26 December 2010

AYAT-AYAT SYIFA' sebagai penawar...


Cuti sem ari tu..mak sempat hulurkan ku himpunan ayat-ayat yang selalu dia amalkan sejak dulu..
mak kata, "Hang tu slalu ja sakit kat sana (aku skarang tinggal kat campus), hang amaikan la ayat2 syifa niyh..rajin2 baca pas smayang.."
Aku pun belek ayat2 tu..ada 6 ayat dari Al-Quran yg dikatakan ayat2 syifa(penyembuh)..wallahualam..

Teringat aku, dulu..sblum aku smbung study kat campus niyh, slalu jgak mak bacakan aku ayat2 niyh masa aku or adk bradik yg lain sakit. Dulu aku jrg sgt sakit..kalo ada pun, xdak la saket teruk..
Mak..lg2 la jrg sakit..Alhamdulillah, ALLAH kurniakan aku mak yg penyayang..

So, kat sini nk jugak la share pada muslimin muslimat kat luaq sana..ayat2 syifa yg aku ambik dr buku yg mak bagi..

Amalkan lah..n yakin pd kuasaNYA yg akan menyembuhkan setelah kita berusaha..insyaALLAH..


A
 ******************************************************
Imam Abu Qasim Qushairi rah. telah dilaporkan berkata: "seorang di antara anakku jatuh sakit sehingga dia hampir maut. Di waktu itu aku bermimpi bertemu Rasulullah s.a.w. Baginda bersabda: "Mengapakah kamu tidak ambil berat pada ayat-ayat syifa'? Mengapa tidak kamu amal ayat-ayat itu dan memohon (kepada Allah s.w.t.) disembuhkan?" Setelah jaga aku mula memikirkan peristiwa itu. Setelah diteliti (al-Quran) maka aku temui ayat-ayat itu pada ENAM tempat. Ianya adalah seperti berikut:

Surah At-Taubah: ayat 14

Perangilah mereka, nescaya Allah akan menyiksa mereka dengan (perantaraan) tangan-tanganmu dan Allah akan menghinakan mereka dan menolong kamu terhadap mereka, serta melegakan hati orang-orang yang beriman.


Surah Yunus: ayat 57

Hai manusia, sesugguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhan-mu dan penyembuh bagi penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada dan petunjuk serta rahmat bagi orang-orang yang memikirkan.


Surah An-Nahl: ayat 69

Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnyapada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang- orang yang memikirkan.


Surah Al-Isra' :ayat 82

Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian. 


Surah Asy-Syua'ara' : ayat 80

Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.


Surah Fushshilat: ayat 44

Dan jikalau Kami jadikan Al-Quran itu suatu bacaan dalam bahasa selain bahasa Arab tentulah mereka mengatakan: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya?". Apakah (patut Al-Quran) dalam bahasa asing sedangkan (rasul adalah orang) Arab? Katakanlah: "Al-Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang-orang yang beriman. Dan orang-orang yang tidak beriman pada telinga mereka ada sumbatan, sedang Al-Quran itu suatu kegelapan bagi mereka. Mereka itu adalah (seperti) orang-orang yang dipanggil dari tempat yang jauh".


 ******************************************************

17 December 2010

Pentingnya ILMU..

'Syaitan lebih takut pd orang alim (org berilmu) drpd orang abid (org yg kuat beribadah) tapi kurang ilmunya..' 

Lebih kurang cam niyh pengisian yang aku dapat dari majalah Anis pagi td..nak menunjukkan bagaimana penting nya ilmu kpd kita sbgai Muslim/Muslimah niyh..

Eh syaitan lagi takut pd org alim drpd org abid? Pada hal kita tau org2 abid niyh selalu beribadat pada ALLAH? Sebab Iblis tau orang yg berilmu niyh susah nak goda. Kebanyakkan org berilmu niyh kuat pegangan nya (tp niyh applicable pd org yg berilmu & mengamalkan ilmu ja la..(^_^) Sedangkan org yg wat ja amalan tanpa ada ilmu yg jelas ibaratnya seperti lalang, mudah terpengaruh.

Kat sini sedikit la aku nk konsi pengisian usrah yg aku dpt td..Moga2 dapat la kita tambah pengetahuan sama2..

Percaya dak dengan ilmu, kita bleyh tingkatkan keimanan?
Sebab bilamana kita tau yang mana halal, yang mana haram, kita tau mana satu kita patut pilih, mana satu kita tak patut pilih..
Bilamana kita tau bagaimana nak dirikan solat, baru la lebih bermakna solat kita, ya dak?
Haaa niyh baru sikit kepentingan ilmu..
Jadi, nampak dak? Penting kan ilmu niyh...?

Sebab tu la ayatullah yg pertama diturunkan kpd Nabi Muhammad SAW utk kita adalah anjuran untuk menuntut ilmu.."BACALAH". 

Dengan ilmu jugak kita bley kenal musuh kita..Sapa eh musuh kita sebenarnya?
Pada yg tak tau or kut la terlupa, mai nak ingatkan..
1. Iblis : Haaa niyh la musuh kita yg plg besaq, kalo ada sapa2 yg tatau tu la..Setan niyh ada lam diri setiap manusia. Ada sesetengah pendapat kata, setan yg ada dlm diri mnusia niyh letak kan mulut dia betul2 kat hati manusia. Wallahualam..
2. Nafsu : Nafsu niyh kira cam anak didik setan la jgak..Nafsu lebih terdorong utk berseronok ngan kemewahan & kelalaian duniawi.
3. Kawan-kawan yg mengajak kpd kemaksiatan : Niyh ada jugak kdg kita jumpa kwn cam niyh. Kira nak ajak berseronok ngan keduniaan ja..Jaga2 ngan kwn2 cm niyh..!

Agak2 la kan senjata pa la kita nak guna utk lwn musuh kita niyh?
Jawapannya...ILMU

So tuntut la ilmu..toksah dok bagi alasan umur ka, tak mampu ka apa..pasai pa, ilmu tu ada dimana2..Apala salah kita keluarkan sikit duit utk beli buku2 yg bermanafaat pd peningkatan diri..Kalo komek2 sanggup plak berabeh wit (Sori 2 say la pd yg terasa! hohoh) Pada yg terasa diri 2 bizi plak..ai..suma org pn ada masa 24jam jgk..Apasai depa bleyh ja hadiri majlis ilmu? Ka sebab depa nak, kita tanak? Haaa..tepuk dada, tanya iman. Kalo kita usaha insyaALLAH kita dapat..(^_^)

Luangkan lah masa utk kita dekatkan diri kpd ALLAH dgn memperbaiki ilmu, insyaALLAH, ALLAH akan melapangkan masa utk kita...

09 December 2010

ulasan buku JIKA ANDA INGIN BERJAYA, BERSOLATLAH oleh Ustaz Muhammad Rusli Amin

    Ulasan kat bawah niyh bukan di'copy paste' dari pengulas lain eyh..
ulasan niyh mmg aku tulis sniri..tp skema ala2 karangan SPM sket la sbb niy mmg ulasan utk buku tu kat page publisher nya..(sbnrnya malaz nak edit hehe)
saja aku nak kongsi skali di sini..mana tau dpt jd pedoman bersama..
tp seriously buku niyh mmg aku bg rate 5stars (^__^)
best! banyak unsur motivasi n tarbiyyah..    

Mungkin ada antara kita yang selama ini tertanya-tanya soalan-soalan seumpama ini..
Mengapa aku perlu solat?
Apakah kelebihan solat pada diriku?
Apakah solat itu didirikan cuma kerana ia suatu kewajipan seorang Muslim?
Bagaimana pula yang dikatakan yang solat itu kunci seluruh kebaikan?
Kalau betul..kenapa masih ramai yang mendirikan solat tapi masih melakukan maksiat?
Apa pula perkaitan solat dan kejayaan seperti yang dilaungkan para bilal setiap kali masuknya waktu solat?

Nah, bagi mereka yang pernah terdetik dan mencari-cari jawapan untuk soalan-soalan seumpama ini, buku JIKA ANDA INGIN BERJAYA, BERSOLATLAH ini amat berguna dalam menyingkap dan merungkai persoalan-persoalan ini.



Menggunakan penjelasan-penjelasan yang mudah difahami beserta pengisian yang padat, saya kira buku ini cukup sesuai dibaca pelbagai peringkat umur. Tidak ketinggalan, penulisan buku ini banyak dimantapkan dengan garapan dalil-dalil yang berkaitan dan nasihat2 daripada pelbagai tokoh, yang boleh kita renungi dan teladani.

Malah, strategi penulis yang turut menyelitkan cerita-cerita teladan yang berkaitan, turut menambat hati saya. Ya, dengan pendekatan ini, Alhamdulillah, minat saya untuk terus membaca buku ini, saya rasakan tidak pernah susut dalam helaian demi helaian yang saya selak. Cadangan saya, bagi mereka yang ingin merehatkan minda sambil mencari pengisian rohani, buku ini amatlah bertepatan dengan kehendak anda.

Kupasan penulis tentang Rahsia Ujian Hidup ke atas manusia dan perlunya kesabaran dalam menempuh ujian ini adalah topik yang paling menarik perhatian dan menyentuh hati saya sebagai remaja. Pengulasannya lembut tapicukup mantap dan tepat menusuk ke dalam nurani insan. Ini membuatkan saya sedar akan kealpaan diri apabila sesekali melatah dalam menempuh ujian yang berat. Astaghfirillah hal adzim..

Salah satu perumpamaan yg ditulis oleh Ustaz Muhammad Rusli Amin adalah:

"Apabila kia ingin melihat bintang di langit, maka lihatlah ketika langit sedang gelap iaitu kebiasaannya pada waktu malam. Ini kerana bintang hanya kelihatan apabila langit gelap. Semakin gelap langit, semakin kelihatanlah bintang-bintang. Mengapa kita tidak dapat melihat bintang pada waktu siang? Bukankah bintang-bintang itu tetap ada? Ya, kita tidak dapat melihat bintang pada waktu siang kerana cahaya matahari terlalu kuat. Ia melenyapkan bintang dari pandangan kita. Kegelapan diperlukan supaya menzahirkan bintang. Jadi kita sendiri memerlukan kegelapan untuk menjadi bintang. Itulah ujian dan rintangan yang perlu dihadapi dan diatasi bagi mencapai kejayaan."
Indah sekali kan penjelasan ujian yang digungkapkan belian melalui perumpamaan ciptaan alam....

Dengan pendekatan yang berunsur motivasi, buku ini sesuai dijadikan penggerak motivasi umat akhir zaman masa kini yang semakin memandang remeh akan keutamaan solat.

Moga dapatlah kita pertingkatkan ilmu kita agar dapatlah kita perbaiki dan perelok kehidupan kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..

    Kepada sapa2 yg berminat ngan buku niyh, rajen2 la jenguk page niyh

Bitaufiq wan Najjah