Ulasan kat bawah niyh bukan di'copy paste' dari pengulas lain eyh..
ulasan niyh mmg aku tulis sniri..tp skema ala2 karangan SPM sket la sbb niy mmg ulasan utk buku tu kat page publisher nya..(sbnrnya malaz nak edit hehe)
saja aku nak kongsi skali di sini..mana tau dpt jd pedoman bersama..
tp seriously buku niyh mmg aku bg rate 5stars (^__^)
best! banyak unsur motivasi n tarbiyyah..
Mungkin ada antara kita yang selama ini tertanya-tanya soalan-soalan seumpama ini..
Mengapa aku perlu solat?
Apakah kelebihan solat pada diriku?
Apakah solat itu didirikan cuma kerana ia suatu kewajipan seorang Muslim?
Bagaimana pula yang dikatakan yang solat itu kunci seluruh kebaikan?
Kalau betul..kenapa masih ramai yang mendirikan solat tapi masih melakukan maksiat?
Apa pula perkaitan solat dan kejayaan seperti yang dilaungkan para bilal setiap kali masuknya waktu solat?
Nah, bagi mereka yang pernah terdetik dan mencari-cari jawapan untuk soalan-soalan seumpama ini, buku JIKA ANDA INGIN BERJAYA, BERSOLATLAH ini amat berguna dalam menyingkap dan merungkai persoalan-persoalan ini.
Menggunakan penjelasan-penjelasan yang mudah difahami beserta pengisian yang padat, saya kira buku ini cukup sesuai dibaca pelbagai peringkat umur. Tidak ketinggalan, penulisan buku ini banyak dimantapkan dengan garapan dalil-dalil yang berkaitan dan nasihat2 daripada pelbagai tokoh, yang boleh kita renungi dan teladani.
Malah, strategi penulis yang turut menyelitkan cerita-cerita teladan yang berkaitan, turut menambat hati saya. Ya, dengan pendekatan ini, Alhamdulillah, minat saya untuk terus membaca buku ini, saya rasakan tidak pernah susut dalam helaian demi helaian yang saya selak. Cadangan saya, bagi mereka yang ingin merehatkan minda sambil mencari pengisian rohani, buku ini amatlah bertepatan dengan kehendak anda.
Kupasan penulis tentang Rahsia Ujian Hidup ke atas manusia dan perlunya kesabaran dalam menempuh ujian ini adalah topik yang paling menarik perhatian dan menyentuh hati saya sebagai remaja. Pengulasannya lembut tapicukup mantap dan tepat menusuk ke dalam nurani insan. Ini membuatkan saya sedar akan kealpaan diri apabila sesekali melatah dalam menempuh ujian yang berat. Astaghfirillah hal adzim..
Salah satu perumpamaan yg ditulis oleh Ustaz Muhammad Rusli Amin adalah:
"Apabila kia ingin melihat bintang di langit, maka lihatlah ketika langit sedang gelap iaitu kebiasaannya pada waktu malam. Ini kerana bintang hanya kelihatan apabila langit gelap. Semakin gelap langit, semakin kelihatanlah bintang-bintang. Mengapa kita tidak dapat melihat bintang pada waktu siang? Bukankah bintang-bintang itu tetap ada? Ya, kita tidak dapat melihat bintang pada waktu siang kerana cahaya matahari terlalu kuat. Ia melenyapkan bintang dari pandangan kita. Kegelapan diperlukan supaya menzahirkan bintang. Jadi kita sendiri memerlukan kegelapan untuk menjadi bintang. Itulah ujian dan rintangan yang perlu dihadapi dan diatasi bagi mencapai kejayaan."
Indah sekali kan penjelasan ujian yang digungkapkan belian melalui perumpamaan ciptaan alam....
Dengan pendekatan yang berunsur motivasi, buku ini sesuai dijadikan penggerak motivasi umat akhir zaman masa kini yang semakin memandang remeh akan keutamaan solat.
Moga dapatlah kita pertingkatkan ilmu kita agar dapatlah kita perbaiki dan perelok kehidupan kita di dunia dan di akhirat. InsyaAllah..
Kepada sapa2 yg berminat ngan buku niyh, rajen2 la jenguk page niyh
Bitaufiq wan Najjah